PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA ( DAERAH PERAK TENGAH )






PERSEKUTUAN PENGAKAP DAERAH PERAK TENGAH









PROFIL DAN CARTA ORGANISASI PESURUHJAYA 2022





AKTIVITI PENGAKAP DAERAH PERAK TENGAH SEPANJANG TAHUN 2022


15 - 17 JULAI 2022- PERKHEMAHAN PENGAKAP LENCANA JAYA KERIS EMAS 

  • Perkhemahan ini diadakan di Kem Kota Layang Layang Kiri, Parit, Perak Darul Ridzuan. Tujuan kem ini diadakan adalah untuk menguji kelayakan untuk mendapatkan Lencana Jaya dan Keris Emas bagi pelajar pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah.












14 JULAI 2022  - LAWATAN KERJA PEMANGKU KETUA PESURUHJAYA NEGARA TUAN HAJI NASARUDDIN  DI KEM KOTA LAYANG LAYANG KIRI PARIT, PERAK

  • Lawatan kerja ini bertujuan untuk memantau aktiviti- aktiviti yang dijalankan bersempena kem perkhemahan pengakap di Kem Kota Layang Layang kiri, Parit, Perak Darul Ridzuan.























10 APRIL 2022 - PERSEDIAAN PROGRAM PICKIDS DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2022 DI KEM KOTA (PENGAKAP) LAYANG LAYANG KIRI, PARIT, PERAK

  • Persediaan ini dijalankan bagi memastikan bahawa Program Pickids Daerah Perak Tengah berjalan lancar. Program ini diadakan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan Persekutuan Pengakap Daerah Perak Tengah di Kem Kota Layang Layang Kiri Parit, Perak Darul Ridzuan.



13 APRIL 2022- PROGRAM VAKSINASI PICKIDS DAERAH PERAK TENGAH TAHUN 2022 DI KEM KOTA ( PENGAKAP) LAYANG LAYANG KIRI PARIT, PERAK

  • Tujuan Program PICKids diadakan untuk memberi vaksinasi kepada kanak kanak yang berada di daerah Perak Tengah. Selain itu, ia bertujuan untuk menyediakan persekitaran yang selamat buat anak- anak kita dan seterusnya terlindung dari jangkitan Covid19 yang teruk.





23 APRIL 2022- PROGRAM BUBUR LAMBUK PERSATUAN PENGAKAP DAERAH PERAK TENGAH

  • Program ini bersempena dengan program gotong royong yang dijalankan oleh Persekutuan Pengakap Daerah Perak Tengah di Kem Kota Layang Layang Kiri Parit, Perak Darul Ridzuan. Program ini juga bertujuan untuk agihan kepada masyarakat setempat pada bulan Ramadhan Al Mubarak sekaligus merapatkan ikatan persaudaraan di antara ahli- ahli Persekutuan Pengakap.






1 ulasan: